Berlari
banyak memberikan pelbagai manfaat kepada kesihatan dari segi mental dan
fizikal. Tanyalah mana-mana pelari. Ia bukan sahaja satu aktiviti riadah hujung
minggu malah ia menjadi sebahagian gaya hidup yang sihat dan cergas. Bacalah
seterusnya 9 sebab mengapa anda harus menyarungkan kasut lari anda!
Manfaat #1 : Menurunkan Berat Badan
Berlari
memang terbukti dapat melangsingkan badan kerana ia adalah satu aktiviti
aerobik yang cepat mebakar kalori. Tetapi, berhati-hati! Berlari juga boleh
menyebabkan anda lapar, terutamanya berlari jarak jauh dan ia bukanlah lesen
untuk anda makan semua makanan tanpa mengira masa. Aktiviti berlari diikuti
dengan pengambilan makanan yang sihat boleh membawa anda lebih dekat kepada
berat badan yang menjadi idaman.
Manfaat #2 : Memanjangkan Usia
Walaupun
tiada penawar di dunia untuk mengekalkan keremajaan, berlari dapat melambatkan
proses penuaan. Menurut sebuah kajian, jangka hidup warga emas yang berjogging
dengan kerap adalah lebih panjang daripada warga emas yang tidak berlari.
Senaman yang kerap dapat menghindarkan diri anda daripada penyakit dan
seterusnya membantu anda hidup lebih lama. Berlari juga menguatkan tubuh dan
jantung anda tidak seperti senaman lain. Ia juga mengawal tekanan darah.
Berlari dalam lima minit sehari dapat mengurangkan risiko penyakit
kardiovaskular sebanyak 50%.
Manfaat #3 : Menguatkan sendi dan
otot
Banyak
khabar angin yang menyatakan bahawa berlari boleh memudaratkan kesihatan lutut
dan sendi. Sebenarnya, ia adalah tidak benar. Golongan yang aktif berlari lebih
sukar untuk diserang osteoarthritis. Ini adalah disebabkan berlari bolah
mengakibatkan penurunan berat badan dan pengurangan tekanan di bahagian sendi.
Dengan berlari juga, sendi-sendi dan otot-otot dapat diperkuatkan dalam jangka
panjang.
Manfaat #4 : Menguatkan Paru-paru
Selain
daripada membantu jantung anda, kapasiti paru-patu anda boleh ditingkatkan
dengan berlari. Ini bermakna lebih banyak oksigen dapat disalurkan ke tubuh
anda. Kajian menunjukkan yang berlari boleh membantu memulihkan kembali
kekuatan paru-paru penghisap rokok.
Manfaat #5 : Meningkatkan keyakinan
diri
Tanyalah
mana-mana pelari, perasaan bangga dan gembira setelah menamatkan sebuah
perlumbaan sama ada 5K atau marathon adalah sukar untuk digambarkan. Kemampuan
untuk menamatkan sesebuah larian boleh disamakan dengan kemampuan mengatasi
sebuah cabaran yang berat. Ia boleh meningkatkan keyakinan diri seseorang,
apatah lagi jika pelari tersebut telah memuat persiapan dan berlatih dengan
tekun sebelum hari perlumbaan.
Manfaat #6 : Mengatasi masalah
kemurungan
Tindakan
hormon endorphin dan neurotransmitteryang dirembeskan oleh otak ketika berlari
boleh membuatkan seseorang itu merasa gembira dan secara langsungnya
mengurangkan tekanan. Aktiviti berlari juga boleh memberi motivasi dan
menghasilkan mood yang lebih baik kepada seseorang yang mudah dilanda
kemurungan.
Manfaat #7 : Meningkatkan kuasa
minda
Berlari
boleh membantu ingatan dan perkembangan otak. Sebuah kajian di Harvard
membuktikan ada kaitan diantara aktiviti berlari dengan peningkatan memori.
Kajian di Cambridge juga membuktikan perkara yang sama di mana berlari
menyebabkan perkembangan jisim kelabu otak (grey matter). Kajiselidik
kreativiti yang dijalankan di Rhode Island College juga menunjukkan berlari
meningkatkan kreativiti dan konsentrasi sehingga dua jam selepas senaman. Ini
bermakna, larian di pagi hari adalah satu permulaan yang baik untuk
produktiviti hari kerja anda.
Manfaat #8 : Memperkuatkan tenaga
batin
Dr
James White, profesor di University of California yakin bahawa aktiviti larian
boleh meningkatkan stamina di kamar tidur. Dalam kajiannya, pelari melakukan
lebih 15-20% hubungan kelamin berbanding dengan bukan pelari. Salah satu sebab
peningkatan tersebut adalah keyakinan diri yang dibina daripada aktiviti
berlari dari segi bentuk fizikal dan stamina. Kajian dari Endocrine Society
menunjukkan yang berlari meningkatkan produksi hormon testosterone di kalangan
lelaki, dan mengurangkan hypogonadism, sejenis kondisi yang berkait dengan mati
pucuk dan lemah syahwat. Libido didapati meningkat disebabkan pengurangan berat
badan di mana pengurangan lemak di bahagian abdomen dapat memudahkan pengaliran
darah ke zakar.
Manfaat #9 : Tidur lebih nyenyak
Jika
anda mengalami masalah sukar tidur di waktu malam, berlari mungkin boleh
menyelesaikan masalah tersebut. Sebuah kajian di Northwestern Medicine
mendapati aktiviti berlari dapat mengurangkan dan akhirnya menyembuhkan
insomnia. Selain daripada memudahkan seseorang itu tidur, berlari juga boleh
mempertingkatkan kualiti tidur yang lena. Seperti dijangkakan, seseorang itu
mudah tidur apabila penat berlari. Otot-otot menjadi lebih tenang akibat
tindakan hormon endorphin dan seterusnya mengembalikan tenaga apabila terjaga
kelak.
Jadi..jom
kita berlari...
No comments:
Post a Comment