Ulasan
Kasut – ASICS GEL-Nimbus 20
Nimbus
bermakna “awan” dalam bahasa Latin. Secara langsungnya, matlamat GEL-NIMBUS
adalah untuk memberikan keselesaan dan perasaan yang ringan seperti berlari di
awan. GEL-NIMBUS 20 adalah model yang paling ringan dalam sejarah GEL-NIMBUS,
di mana ia dilengkapi teknologi GEL untuk keselesaan si pemakai dari garis mula
sehingga penamat.
Asics
GEL-NIMBUS direka sebagai kasut berdaya kusyen untuk pelari berkaki neutral dan
underpronator. Gandingan midsole (tapak tengah) FlyteFoam dan teknologi GEL
memberikan daya kusyen dan penyerap gegaran yang mantap dalam struktur kasut
yang ringan.
FlyteFoam
diperbuat daripada fiber organik yang memberikan daya kusyen yang lembut dan
ringan kepada kaki. Ia menyerap hentakan dengan efisien dan melantunkan kembali
tenaga untuk larian yang lebih responsif.
Kasut
GEL-Nimbus 20 juga menggunakan teknologi FluidRide untuk daya kusyen tambahan.
Ia bertindak seiring dengan sistem
kusyen GEL ASICS di bahagian depan dan belakang kasut. Sistem kusyening GEL melancarkan lagi
transisi atau peralihan heel-to-toe (tumit ke jari kaki).
Pelapik
stokin (sock-liner) kasut ini yang menggunakan teknologi OrthoLite X-40 juga
mempunyai daya kusyen yang tinggi. Ia menambahkan lagi keselesaan si pemakai.
GEL-NIMBUS
20 juga menampilkan struktur mesh (jaringan) Gradient Jacquard, direka dengan
lapisan cetakan 3-D di bahagian strategik untuk mendakap kaki dan memberi
sokongan dalam setiap langkah. Mesh ini juga telus udara dan mudah kering.
Satu
pembaharuan dalam ASICS GEL-Nimbus 20 berbanding dengan versi 19 adalah
“toe-box” yang lebih luas, untuk jari-jari kaki mengembang tanpa terasa
terikat. Ini juga mengurangkan risiko “hot spot” atau “pressure point” yang
mengakibatkan kulit melecet.
ASICS
GEL-Nimbus 20 juga menampilkan “heel-drop” 10mm bagi lelaki dan 13mm untuk
wanita. Menurut ASICS, sebab utama model wanita mempunyai “heel-drop” yang
lebih tinggi untuk membebaskan ketegangan di bahagian achilles kaki wanita.
Heel-drop di antara 8mm dan 13mm adalah secocok dengan kebanyakan pelari,
kecuali kepada pelari yang gemarkan kasut minimalis.
Si
pemakai pasti merasa selesa dengan kelembutan span pelapik (padding) di
bahagian kolar dan bahagian lidah kasut seolah-olah mendakap kaki dalam setiap
langkah. Heel counter (pendakap tumit) di bahagian belakang kasut mengelakkan
kaki daripada beralih tempat di dalam kasut semasa berlari.
Kesimpulannya,
ASICS GEL-Nimbus 20 adalah amat selesa dan lebih ringan berbanding dengan model
sebelumnya. Tahap daya kusyen yang tinggi membolehkan kasut ini digunakan untuk
larian yang lebih jauh seperti 21km atau marathon. Jika anda adalah peminat
ASICS GEl-Nimbus, anda tidak akan kecewa dengan pembaharuan yang ditampilkan
dalam edisi ke-20 ini.
ASICS
GEL-Nimbus 20 kini boleh didapati dalam warna baru koleksi SAKURA yang
diinspirasi oleh kuntuman bunga ceri Jepun (Cherry Blossoms) yang kembang di
musim bunga.
Asics
GEL-NIMBUS boleh didapati sekarang dengan harga RM649 sepasang di kedai-kedai
ASICS dan wakil penjual yang sah.
No comments:
Post a Comment