10 Fakta Tentang Yuki Kawauchi dan Rutin Latihannya
Pelari Jepun Yuki Kawauchi membuat kejutan dengan
memenangi Boston Marathon ke-122 pada tahun 2018. Yuki mencatatkan masa
2:15:58, mengatasi juara tahun lepas iaitu pelari Kenya Geoffrey Kirui dalam
keadaan cuaca hujan, angin kencang dan sejuk.
Berlainan dengan strategi pelari-pelari elit lain
yang hanya menyertai 2-3 marathon setahun, Yuki memenangi lima daripada 12
marathon yang disertainya tahun lepas.
Jom kita kenali Yuki dengan 10 fakta tentang
dirinya…
1. Yuki berkerja sepenuh masa sebagai seorang
kakitangan tadbir di sebuah sekolah kerajaan di Saitama, Jepun. Beliau bekerja
40 jam seminggu dalam shif 12:45 tengahari – 9:15 malam. Oleh itu, dia diberi
gelaran “Citizen Runner” oleh para peminatnya.
2. Umurnya 31 tahun dan beliau telah menamatkan
lebih 76 marathon di bawah masa 2:20.
3. Awal tahun ini, dia mencatatkan masa 2:18:59 di
sebuah acara marathon di Massachusetts dalam beadaan bersalji (-17C)
4. Yuki tidak ditaja oleh mana-mana jenama atau
badan korporat. Beliau juga tidak menerima bayaran penampilan kerana sebagai
penjawat kerajaan, Yuki tidak dibenarkan mendapat bayaran luar daripada gajinya
kecuali hadiah kemenangan.
5. Jarak latihan mingguan mencecah 130-140km.
Mileage yang dicapai adalah melalui larian harian tunggal (single) berbanding
dengan pelari-pelari elit lain yang menjalani latihan dua kali sehari.
6. Berlumba setiap hujung minggu, tetapi hanya
sebagai latihan. Disebabkan jadual kerjanya agak penuh, Yuki melakukan latihan
intensiti rendah pada hari-hari bekerja dan berlatih/ berlumba lebih keras pada
hujung minggu.
7. Dalam 2013, Yuki menyertai 11 acara marathon, 4
daripadanya mencatatkan masa di bawah 2:10 termasuk rekod peribadi terbaik, PB
2:08:14. Ia adalah satu pencapaian yang cemerlang dan tiada tolok banding
dengan pelari elit lain. Yuki bercita-cita untuk menamatkan 100 marathon
sebelum Sukan Olimpik Tokyo 2020.
8. Yuki mempunyai gim buatan sendiri di rumah yang
menggunakan barangan yang dibeli dari kedai DIY. Antara rutin senamannya adalah
bench press, lat pull-downs, abductor/adductor exercises ect pada hari Isnin,
Rabu dan Jumaat.
9. Untuk tujuan recovery, Yuki mendapatkan khidmat
akupuntur dan urutan terapi beberapa kali sebulan. Beliau juga selalu
berkunjung ke hot spring untuk mandian air panas semulajadi.
10. Yuki tidak menggunakan khidmat jurulatih.
Program latihan semuanya dibuat sendiri.
Rutin Latinan Mingguan:
Isnin
– 70 – 100 minit Larian 20km sekitar 5min/km.
Selasa
– 70 – 100 minit Larian 20km sekitar 5min/km.
Rabu
– Speed work: Interval (10 x 1,000m dalam pace 3
atau kurang; 20x400m pace lebih laju) atau tempo run
Khamis
– 70 – 100 minit Larian 20km sekitar 5min/km.
Jumaat
– 70 – 100 minit Larian 20km sekitar 5min/km.
Sabtu
– Larian Trail di pergunungan atau berlumba.
Ahad
– Berlumba atau serious long tempo
“I run a lot of races because I love to run races,”
he said. “It’s one of the things I enjoy the most. Racing a lot gives me the
opportunity to travel the world to see different places, get to meet different
people, experience different things. And in a more practical sense, because I
train by myself, if I did not run a lot of races, I would not be able to put in
the same kind of quality.” – Yuki Kawauchi
Rekod Peribadi Terbaik (Personal best):
1500m – 3:50.51 (2012)
5000m – 13:58.62 (2012)
10,000m – 29:02.33 (2010)
10km road – 29:54 (2013)
10miles road – 47:28 (2014)
Half Marathon – 1:02:18 (2012)
Marathon – 2:08:14 (2013)
50km Ultramarathon – 2:44:07 (2016)
No comments:
Post a Comment