Rawat Kecederaan dengan prinsip R.I.C.E.
Apa
yang harus dilakukan sekiranya mengalami kecederaan semasa bersukan?
Terdapat
beberapa garis panduan yang boleh diikuti dan selamat dipraktikkan, walau
bagaimanapun, jangan mengambil mudah sesuatu perkara kerana ini boleh
mendatangkan bahaya. Jika terdapat sebarang keraguan dapatkan khidmat pakar
perubatan yang profesional!
Prinsip asas ialah RICE.
‘R’Untuk ‘Rest‘
bermaksud rehat. Rehat dari bersukan dan rehatkan bahagian yang tercedera,
kekal berada di tempat yang terlibat dalam kedudukan yang selesa dan tidak
mengerakkan bahagian tersebut bagi mengelak rasa sakit dan kecederaan yang
lebih teruk.
‘I’Untuk ‘Ice‘.
bermaksud ais. Anda perlu letakkan ais di bahagian yang tercedera. Ais akan
menyebabkan pengecutan salur darah, ini boleh mengehadkan pendarahan dan proses
bengkak. Ais juga boleh mengurangkan rasa sakit.
‘C’Untuk ‘Compression‘. bermaksud
memberikan tekanan. Balut bahagian yang tercedera dengan pembalut atau bandage,
bagi mengelakkan bengkak. Semakin kurangnya bengkak semakin kurangnya rasa
sakit dan ini mempercepatkan proses penyembuhan. Jangan balut terlalu ketat.
‘E’Untuk ‘Elevation‘ bermaksud ampu
sedikit tinggi. Ampu bahagian yang tercedera tinggi sedikit dari paras jantung,
ini mampu mengurangkan bengkak/edema. Anda dinasihatkan untuk membuat ampuan
sekerap mungkin.
Bagaimana
menggunakan ais bagi membantu merawat kecederaan semasa bersukan?
Masukkan
ketulan ais ke dalam beg plastik atau beg ais dan tekap bahagian yang
tercedera. Beg plastik mudah mengikut bentuk kebanyakan sendi-sendi. Ini
dipanggil Cold Compression.
Untuk
mengelakkan kulit melecur, sapukan minyak zaitun atau minyak kelapa di bahagian
terlibat sebelum meletakkan ais.
Jika
berada di rumah, bagi kecederaan kecil, gunakan air bagi menggantikan ketulan
air.
3
jam pertama – Lakukan Cold Compression selama 10 – 15 minit setiap setengah jam
48
jam yang berikut – Lakukan Cold Compression sebanyak 4 – 5 kali sehari selama
15 – 20 minit
Selepas
48 jam – Kompresi panas mungkin boleh digunakan
Peringatan:
Mesti dapatkan khidmat rawatan perubatan jika terdapat
· Tanda-tanda seperti kesakitan, bengkak
dan kebiruan menjadi lebih teruk selepas 24
jam
· Dapatkan rawatan perubatan untuk
mengesan bahagian yang patah dan terseliuh
· Kecacatan struktur yang jelas
· Sakit semasa tidur
· Tidak dapat melakukan aktiviti yang
biasa
· Sakit kepala, pening, loya atau muntah
di mana ianya semakin serius/teruk.
Dapatkan
rawatan segera di hospital
Sumber:
http://www.myhealth.gov.my/
No comments:
Post a Comment