Mengenali
Jenis Pronasi Kaki
Dalam
istilah larian, pronasi adalah gerakan putaran kaki ke arah dalam ketika kaki
mendarat di tanah ketika berlari. Kaki akan berorientasi ke arah dalam sebanyak
15% apabila mendarat di tanah dengan sempurna dan dapat menampung berat tubuh
tanpa menimbulkan masalah.
Proses
pronasi mempunyai peranan yang sangat penting bagi membantu kaki dalam menyerap
impak hentakan dan membantu dalam proses anjakan oleh tapak kaki dari tumit
hingga bahagian depan tapak kaki untuk bergerak ke hadapan.
Walaupun
pronasi ini adalah proses semulajadi pada kaki, ia adalah dipengaruhi oleh
bentuk lengkungan (arch) tapak kaki iaitu Normal, Lengkungan Tinggi (High Arch)
dan Tapak Kaki Rata (Flat Foot).
Terdapat
tiga jenis pronasi yang boleh dikelaskan sebagai pronasi neutral, supinasi
(supination/ underpronation) dan
overpronasi (overpronation).
Secara
normal, bahagian luar tumit akan mendarat dulu dan melakukan gerakan pronasi
untuk menyerap hentakan dan menyokong berat tubuh ketika berlari.
Bagi
mereka yang mempunyai lengkungan kaki normal, tahniah! Anda tidak punyai
masalah dalam mencari kasut sukan sesuai dan hanya perlu mendapatkan kasut
jenis stabil.
Bagi
supinasi / kurang pronasi pula, ketika bahagian luar tumit mendarat gerakan
kaki memusing ke arah luar menyebabkan hentakan dihantar ke kawasan lebih
sempit pada tapak kaki bahagian luar. Ini memaksa kaki menggunakan jari kaki
keempat dan kelima untuk bekerja keras membuat hayunan langkah. Keadaan ini
lazimnya menyebabkan sakit pada tapak kaki, buku lali dan lutut.
Pelari
yang kakinya berlengkungan tinggi perlu memakai kasut yang mempunyai lebih
banyak kusyen untuk mengelakkan impak kuat, selain kaki dapat membuat gerakan
menjadi lebih semula jadi.
Dalam
overpronasi/ pronasi melampau, bahagian luar tumit yang mendarat dulu akan
memindahkan beban berat ke bahagian dalam tapak kaki berbanding bebola kaki
(bahagian depan kaki). Kaki kemudian menggunakan ibu jari dan jari kaki kedua
untuk menghayun langkah menyebabkan kedua-dua jari itu terpaksa bekerja lebih
keras. Dalam keadaan ini mereka cenderung mendapat sakit pada tapak kaki,
tumit, lutut dan bunion.
Bagi
kaki dengan lengkungan rata (flat foot), anda perlu memakai kasut yang
mempunyai ‘motion-control’ dan stabiliti bagi mengawal pronasi kaki.
Oleh
itu, anda perlu mendapatkan nasihat daripada penjual kasut sukan berpengalaman
terlebih dulu ketika memilih kasut dan buat pemeriksaan kaki jika tidak tahu
jenis lengkungan tapak kaki. Setiap kasut sukan sebenarnya direka berbeza
mengikut jenis sukan dan jenis lengkungan tapak kaki.
Rujukan:
https://www.asics.com/us/en-us/pronation-guide
No comments:
Post a Comment